Monday, September 14, 2009

Pengenalan

Kelab PROSTAR

Untuk menggerakkan aktiviti PROSTAR, selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kelab PROSTAR juga memainkan peranan dalam program ini. Kelab ini ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 30 Jun 1997.

  • Rangkaian Kelab PROSTAR

Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, derah dan sekolah

  • Pengurusan Kelab

Pengurusan kelab dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang dipilih menerusi mesyuarat agung. Kelab bertanggungjawab menguruskan daftar keahlian, merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang.

  • Rumah Kelab

Merupakan suatu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli Kelab PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV. Pengurusn rumah kelab adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa kelab.

0 comments:

Post a Comment